Peluang Latihan & Kerjaya

Kami mengalu-alukan pendaftaran pelatih kadet untuk mendapatkan kelulusan tahap SKM 3 dan kemudian melayakkan diri mereka ke tahap Diploma dalam bidang yang mereka inginkan, menerusi sistem SLDN - dengan pemantauan dan persijilan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia atau kerajaan Malaysia. Ia mendapat pengiktirafan oleh industri dan juga dunia.

Inilah apa yang diwar-warkan kerajaan sebagai TVET @ Technical Vocational Education and Education Training.

Pelbagai jawatan adalah ditawarkan untuk peluang bekerja sebagai Pembantu, Penolong Pegawai, Penolong Pengurus atau Pengurus serta berpeluang menjadi usahawan dengan tawaran saham sehingga 49% kepada mereka yang layak dan mencapai tahap cemerlang.

Antara industri yang kini dibuka untuk pembelajaran sepanjang hayat, peluang pekerjaan dan peluang beniaga dengan bimbingan berterusan selaku rakan kongsi, antaranya industri oil and gas, perkapalan dan pelantar minyak, serta pembinaan kapal dan limbongan atau pelabuhan), industri perladangan seperti getah, sawit, gaharu, buah buahan, sayuran dan kegiatan hutan (bukan balak), industri perubatan alternatif, industri pendidikan, industri perhotelan dan pelancongan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment